Mungkin sebahagian besar dikalangan kita masih belum tahu apa itu port dan kegunaannya.Pada petang ni admin akan jelaskan serba sedikit tentang Port dan kegunaannya.

Dalam protocol jaringan TCP/IP,sebuah port adalah mekanisma yang membolehkan sebuah komputer untuk menyokong beberapa sesi koneksi(perhubungan jaringan).Port dapat juga dapat mengenalpasti proses tertentu di mana sebuah server dapat memberi layanan kepada client.Port terdiri dengan angka 16bit.

Port Standard dan kegunaan:

1-19: port jenis ini ialah merupakan protocol,sebahagian besar port ini tidak diperlukan dan tidak boleh diganggu

20- port ftp-data aktif dengan jaringan koneksi FTP(File Transfer Protocol).FTP pada port ini menggunakan dua jenis port berlainan 21 adalah port kawalan dan port 20 sebagai port masuk.FTP pasif tidak menggunakan sama sekali 20

21- Port client pada FTP ketika FTP server diakses

22-Port SSH(Secure SHell) standard namun diubah atas dasar keselamatan

23-telnet server

25- SMTP port atau dikenali mail port server

37- Port pelayan waktu

53-Domain Name Server 

67(UDP)-BOOTP atau DHCP(port server)

68(UDP)-BOOTP atau DHCP port client

69- Trivial File Transfer Protocol

79- Port finger digunakan untuk mengetahui tentang info sistem

80- Port umum.kebanyakan sudah tahu(www dan http)

81- Port web alternatif ,ketika port 80 diblock secara automatik 81 akan mengganti cth:facebook.com

98- administrator akses kepada web linuxconf port

110- POP3 Port 

111- sunrpc(Sun Remote Procedure Call)

113- auth port server (seperti IRC dan SMTP)

119- News Server Port.Port ini sangat jarang digunakan

123- Network Time Protocol

137-139: NetBIOS(SMB)

143-IMAP(Interim Mail Access Protocol)membolehkan korang membaca email yang ada pada server sedikit berbeza pada POP

161- Simple Network Management protocol.Lebih umum digunakan pada router 

177- X Display Management Control Protocol

443- HTTPS protocol keselamatan

465- SMTP dan SSL

512(TCP)- Remote Execution

513- Login port

512(UDP)- Protocol mail untuk pengumuman 

514- Daemon Syslog Port 

515- Untuk mencetak Port server

587- Mail Submission Agent(MSA),merupakan port yang sebahagian besar disokong oleh Mail Transfer Agent

631- Daemon untuk keperluan printing 

635- mountd,sebahagian dari NFS

901- Port yang digunakan untuk pengelolaan web

993- IMAP melalui SSL

995- POP melalui SSL

1024- unpriviliged port yang pertama yang dijalankan secara dinamik oleh kernel untuk apa-apa aplikasi.Aplikasi yang lain umumnya menggunakan unpriviliged port atas 1024.

1080- Socks Proxy Server

1433- MS SQL port server

2049- Network File Service Daemon port

2082- Port untuk cPanel

2096- Port yang digunakan untuk aplikasi webmail cPanel

2086- Port untuk pengurusan WHM(Web Host Manager)

3128- port server proxy squid

3306- Port server MySQL

5432- Port server untuk PostgreSQL

6000- X11 TCP port untuk remote.

6346- Gnutella(bukan nutella)

6667- Internet Relay Chat Daemon(IRCD)

6699- Napster

7100-7101: sebahagian font server menggunakan port jenis ini

8000-8080: Common web cache dan port server proxy web.

10000- port webadmin dalam pengurusan webnya

sekian sahaja dari saya dan selamat Hari Raya